THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Selasa, 30 Jun 2009

SHS (Bab 8 dan 9)

Bab 8

Setujukah kamu dengan saranan Salih untuk menerima wang sogokan Mr Rodrigues dan menggunakannya untuk membantu para pelajar yang memerlukan bantuan kewangan? Jelaskan. (8m)

Berikan dua perwatakan Salih yang tergambar dalam bab ini. (8m)

Berikan dua sebab Senja berasa simpati terhadap Mr Husin? (4m)


Bab 9

“Oh, Subuh itu budak baik ya...?” Lalu Mrs Teo mengangguk-angguk lemah. “Hairan juga ya...bukankah kita pecat dia dari pasukan bola maktab ya... dan kita bilang mereka tidak taat pada maktab.”

“I hairan juga budak itu... tetapi menurut Peng Yeo...Subuhlah yang meminta teman-temannya supaya merahsiakan hal itu, kerana menjaga nama baik guru-guru dan maktab...”

“Ya...barangkali cakap Cikgu Saerah ada banyak betulnya...dia guru disiplin dan guru kelas mereka, maka itu mereka meminta kita siasat lagi...ah....tapi bukankah kita harus jalankan tugas kita untuk menunjukkan Maktab Bebas Elite ini ada peraturan yang harus dipatuhi...,” sebut Mr Rodrigues menutup kelemahannya.”

“Ok!...OK! Jangan buka kes itu lagi...tapi bolehkah kita percaya kepada mereka yang berlainan kulit dengan kita?...sambung Mrs Teo, lalu memandang tepat ke wajah timbalannya.

(SHS, ms 128)
(1a) Siapakah Mrs Teo? (1m)

(1b) Apakah kelemahan sendiri yang cuba ditutup oleh Mr Rodrigues? (2m)

(1c) Berdasarkan perenggan akhir tukilan di atas, berikan satu perwatakan Mrs Teo. (4m)

********************************
**Sila hantar tugasan kamu kepada Cikgu Haniza pada 2 Julai 2009 (Khamis)

Insiden di Science Park 1

Puisi Manusia dan Kesejahteraan

LATAR

Unsur Cerpen

Sajak (Satu Pengenalan)