THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Selasa, 5 Ogos 2008

Majulah Singapura!

Singapura
Lahirlah aku di Singapura
penuh dengan ke
istimewaan

Singapura
negara yang mewah
penuh dengan memori indah

Singapuraku
Empat puluh tahun umurmu
ku sanggup berkorban untukmu

Singapura yang ku cinta
akan ku jaga dengan sempurna
Majulah Singapura!

~NaZrI AkA tHe RaInBoW~2N2

Setia Pada Negara

Hari kebangsaan hari bahagia
Letupan meriam jelas kedengaran
Lagu kebangsaan dinyanyikan

Merah putih warna panjinya
Rakyat bernyanyi rasa gembira
Jiwa rakyat bersatu padu
Doa agar negara maju

Bunga api ligat bercahaya
dengan pelbagai bentuk dan warna
Yang menyinari malam istimewa
Negara aman kami bahagia

-NANA-

SINGAPURAKU TERCINTA

SINGAPURAKU
TANAHAIRKU
TEMPAT DI MANA KUDILAHIRKAN

DEMI SINGAPURAKU
YANG TERCINTA
AKAN KUJAGA DENGAN SEMPURNA

DEMI NEGARA
KUSANGGUP BERKORBAN
DEMI SINGAPURA

AMLI

singapuraku

singapura tanahairku
lahirlah aku di singapura
yang kukagumi
kerana makmur negara

singapura tanahairku
majulah singapura
aman dan tenteram
tanpa persengketaan

singapura tanahairku
bangga aku jadi wargamu
hari ini kusambut dengan bangga
majulah singapura!

-aLiFF aKa ToRnaDo- 2n1 -

Kesetiaan kepada Negara

Pengorbanan dan perpaduan
Demi keamanan
Perjuangan dilakukan
Demi negara yang tercinta

Bunga orkid lambang negara
Bekerjasama pelbagai bangsa
Teguhkan harmoni taat setia
Agar negara aman sejahtera

Hari kebangsaan , hari merdeka
Letupan meriam sungguh gemilang
Marilah bersama meraikannya
Selamat hari jadi SINGAPURA !!!!


-ZAZA-

Singapura Negaraku [:

Singapura Negaraku
Sentiasa aman dan indah selalu
Akan ku sentiasa berasa bangga
Akan kemakmuran negara

Singapura idolaku
Yang kuagungkan dari dahulu
Dengan memori-memori indah
Akan selalu di sanubariku

Empat puluh tiga umurmu, Singapura
Doaku agar kau panjang usia
Semoga ekonomi teguh sentiasa
Selamat Hari Jadi Negaraku, Singapura

-Ariffah The Hawtt Shuffle Gurll-

Singapura banggaku

Singapura negara kita
harus dijaga dengan sempurna
untuk selama-lamanya

Negara yang penuh dengan cinta
telah menbuat kita rasa
sentiasa bersama

Dengan pelbagai budaya
mencorak Singapura
Keharmonian mekar sentiasa

- dianthe`End

Singapura Syurgaku

Di negara ini
Aku berpijak
Bersyukur pada yang Maha Esa
Aku dilahirkan anak Singapura

Merah dan putih adalah warna benderaku
Merah lambang kebranian
Putih lambang kesucian

Singapuraku
Syurgaku
Di tanah ini
Tersimpannya sejarahku

Ku bangga kerana
Walau kecil
Namun kita punya semangat
Dengarlah doaku wahai negaraku
Semoga aman tetap sepadu


Muz(:

DI BUMI INI

Di bumi ini
aku berpijak
bersyukur pada yang Esa
aku dilahirkan anak Singapura.

Di bumi ini
sejarahku bemula
mengharungi hidup menempa nama


Kau harus bangga
kata ayah
bumi ini banyak berjasa
tebalkan ilmu di dada
demi nasib anak bangsa


Singapuraku
tanahairku
tanah tumpah darahku

Di bumi ini
aku berikrar
kibarkan panji negara
tegakkan tiang agama

Majulah Singapura!
Majulah Singapura!

Selasa, 29 Julai 2008

Ulasan Subuh Hilang Senja

Kepada mereka yang bergelar manusia....

SIAPA LAGI yang belum hantar tugasan saya!!!?????

Insiden di Science Park 1

Puisi Manusia dan Kesejahteraan

LATAR

Unsur Cerpen

Sajak (Satu Pengenalan)